Friday 14 October 2022

#ApaNakBuat: Lakukan 10 Tip Ini Jika Kereta Tiba-Tiba 'Breakdown'!

 


 


SEDANG seronok memandu dan menyanyi mengikut alunan lagu penyanyi kegemaran di radio, hidung terhidu bau hangit memasuki ruang kabin. Lebih panik, kelajuan kereta pula mula perlahan secara drastik dan akhirnya berhenti begitu saja. Kereta tiba-tiba 'breakdown'!

 

Sekarang, tarik nafas. Bawa bertenang, kami akan beritahu 10 tip yang perlu anda lakukan jika kereta tiba-tiba rosak ketika memandu:

1.        JAGA PENYENGGARAAN KERETA

Ini bukan apa yang anda perlu buat ketika kereta sudah rosak. Ini cuma nasihat awal, iaitu tolong pastikan kereta anda disenggara berkala mengikut jadual dan tempoh servis ditetapkan. Walaupun sudah diservis, sebelum bergerak (terutama perjalanan jauh), sila pastikan penyejuk (coolant) dan bendalir pencuci (washer) mencukupi atau tambah apabila kurang. Mana tahu ada kebocoran.

 

Isian minyak enjin pula mesti berada pada paras maksimum, manakala kondisi tayar perlu selamat dengan mengepam angin pada tekanan ideal.

 

2. PAKAI JAKET KESELAMATAN

 

Seeloknya anda menyimpan jaket keselamatan dengan reflektor, termasuk baju hujan dalam kereta. Dua benda ini bukanlah berharga mahal, tetapi sangat berguna apabila berlaku kecemasan.

 

3. CAS TELEFON BIMBIT

 

Telefon bimbit yang dicas penuh amat bermakna kerana anda boleh membuat panggilan kecemasan dengan memberitahu seseorang mengenai lokasi terkini anda.

 

1.        NYALAKAN LAMPU AMARAN BAHAYA

2.        TOLAK KERETA JIKA MAMPU

6. BERHENTI DEKAT TELEFON KECEMASAN

 

Di lebuh raya, jika anda rasa kereta anda memberikan tanda-tanda awal akan mula rosak dan berhenti bila-bila masa, segera cari dan berhenti berhampiran telefon kecemasan (berwarna oren).

 

7. KELUAR IKUT PINTU KIRI

 

Jika anda pemandu, sila keluar dari kereta anda menerusi pintu penumpang depan, atau sebelah kiri. Ini kerana laluan kanan terdedah kepada risiko dilanggar dari belakang. Cuba berdiri jauh dari kereta bagi mengelak sebarang kemungkinan buruk

8. DUDUK DALAM KERETA

 

Jika rasa terancam, terutama jika kereta rosak di kawasan pedalaman, atau hutan, atau jalan raya yang kurang pengguna jalan raya, anda boleh duduk sahaja di dalam kereta dan kuncikan pintu. Jangan lupa dail 999 untuk minta bantuan.

 

9. PASANG PEMANTUL SEGITIGA

 

 

Buka but kereta dan cari segitiga amaran. Pasangkan pada jarak 20-30 meter dari jarak kereta anda, ataupun bersamaan jarak 5 buah kereta. Ini ialah langkah awal mencegah kereta anda dirempuh dari belakang.

 

10. TELEFON TRAK TUNDA

 

Tahukah anda, ada dua pihak yang menawarkan khidmat tunda percuma jika kereta anda rosak? Pertama, pihak pengeluar, tetapi tundaan percuma itu terhad ke mana-mana pusat servis terdekat. Kedua, syarikat insurans. Cara ini lebih fleksibel kerana anda diberikan khidmat tunda percuma dalam jarak 60km atau lebih (berbeza mengikut polisi) dan boleh memilih sama ada menghantar ke pusat servis yang menjadi panel syarikat insurans atau bengkel pilihan sendiri.

 

Jadi, tidak perlu tergesa-gesa apabila dihurung abang-abang kereta tunda yang mendesak anda supaya segera menunda kereta. Bawa bertenang!

 

 

Harap tips di atas dpt membantu anda supaya lebih tenang apabila menghadapi situasi ini.

 

Perlukan kereta sementara kereta anda dibaiki di bengkel, hubungi kami.

 

http://biarbetulkeretasewa.wasap.my

 

#keretasewamurah #keretasewakl #keretasewakualalumpur #keretasewaselangor #keretasewaampang #keretasewakeramat #keretasewawangsamaju #keretasewasetiawangsa #keretasewacheras #keretasewapuchong #keretasewagombak  #sewa4x4 #sewahilux #sewapickup #sewamyvi #sewaaxia #sewakeretamingguan #keretasewabulanan #keretasewaharian  #carrental2022 #carrentalkl #klcarrental #tipskereta

 

 

Sumber: https://pandulaju.com.my/apanakbuat-kereta-tiba-tiba-breakdown-ikuti-tip-ini-untuk-kekal-selamat/

No comments:

Post a Comment

FAQ Rental Car @ Kereta Sewa

Tentang kami | About us: Kereta Sewa Keramat AU3 (KSKAU3) ialah penyedia perkhidmatan sewa kereta berkualiti tinggi yang dipercayai. Sejak 2...