Thursday 11 August 2022

#insurans : kereta TOTAL LOST? apa perlu anda tahu.


 

"video tiktok viral kereta alza 2022 total lost"
 
 
 
Bila isu insurans kenderaan ni. Ada banyak istilah yang kita kena ambil tahu. Antaranya adalah Total Loss
Mesti ramai yang pernah dengar Total Loss. Total Loss adalah merujuk kepada kerosakkan penuh pada kenderaan. Tapi bila bab insurans apa situasi yang boleh dianggap total loss tu?
 
Ada dua situasi yang menyebabkan total loss :
1. Kenderaan dicuri
2. Kenderaan terlibat dalam kemalangan. Mengalami kerosakkan sampai tak boleh digunakan lagi.
 
Apa yang selalu orang risaukan bila berlakunya situasi kedua. Sebab nak baiki mesti mustahil. Melainkan beli kereta baru kan. Jadi artikel ni akan cerita tentang total loss bagi situasi yang kedua.
 
 
BILA KERETA DIANGGAP TOTAL LOSS?
 
 
Bila kos membaiki melebihi nilai Actual Cash Value (ACV) semasa kenderaan tersebut. Setiap negeri nilai untuk kerugian total loss berbeza dan kaedah menentukan total loss setiap negeri juga berbeza.
 
 
KAEDAH TENTUKAN TOTAL LOSS:
 
👉 Total Loss Formula (TLF) : negeri yang menggunakan kaedah ni anggap total loss bila kos baiki melebihi ACV
👉Total Loss Threshold (TLT) : negeri guna kaedah ni pula anggap total loss bila kerosakan pada kenderaan lebih besar daripada peratusan yang ditentukan berdasarkan nilai yang dinggap sesuai untuk kenderaan tersebut
 
 
APA JADI BILA ISYTIHAR TOTAL LOSS?
 
Kalau anda bersetuju bila kereta anda dianggap total loss, anda boleh pilih nak simpan atau serah kepada syarikat insurans.
 
Jika pilih untuk simpan, syarikat insurans akan beri bayaran lebih rendah. Tetapi jika anda yakin kereta tak total loss, boleh minta pelaras nilai semula kereta berdasarkan bukti. Kalau masih tak puas hati boleh guna khidmat peguam.
 
Jadi bila kereta anda diisytihar total loss nilai sebenar kereta akan dinilai dahulu. Kemudian ACV dan faktor lain turut akan dinilai. Bila dah selesai baru pihak insurans akan bagi nilai harga yang akan dibayar kepada anda. Setelah bersetuju baru dibayar dengan segera.
 
 
NEED A RIDE?
 
 
 
Klik link whatsapp di bawah
 
 

No comments:

Post a Comment

FAQ Rental Car @ Kereta Sewa

Tentang kami | About us: Kereta Sewa Keramat AU3 (KSKAU3) ialah penyedia perkhidmatan sewa kereta berkualiti tinggi yang dipercayai. Sejak 2...