Tuesday 19 January 2021

TIPS TINGGALKAN KERETA ANDA LAMA-LAMA

PKP 2.0. KERETA TAK BERGERAK KE MANA-MANA. APA PERLU ANDA BUAT UTK PASTIKAN KERETA ANDA KEKAL TERJAGA. BACA SAMPAI HABIS.


 

TIPS TINGGALKAN KERETA ANDA LAMA-LAMA

 

1. Mematikan arus bateri kereta.

Adalah digalakkan untuk menanggalkan sambungan kabel bateri pada terminal jika kereta ditinggalkan lama atau tidak digunakan. Ini untuk mengelakkan cas bateri hilang dan melemahkannya seterusnya menyebabkan kereta susah nak start atau bateri terus rosak / mati.

– Untuk langkah ini, anda memerlukkan spannar untuk melonggarkan nut pada terminal bateri dan mencabut terus sambungan ke bateri.

– Atau anda juga boleh meminta bantuan seseorang untuk sentiasa menghidupkan enjin kereta sewaktu anda tiada.

– Atau menggunakan device “trickle charger”

 

2. Basuh dan bersihkan kereta anda. 

Cat boleh rosak jika kereta dibiarkan dalam keadaan kotor. Kotoran seperti taik burung contohnya boleh menyebabkan cat terhakis dan pudar. Kotoran-kotoran juga boleh menyebabkan calar.

Membersihkan dalaman kereta termasuk membuang sampah boleh mengelakkan bau busuk, menjadi sarang semut atau lipas dan juga mengelakkan kotoran ini terus melekat pada permukaan seat atau interior kereta.

Hantar sahaja ke car wash dan vacum. Sekiranya anda ada budget lebih, “polish dan wax” kenderaan anda sebagai lapisan perlindungan.

 

3. Elakkan diletakkan di tempat terbuka.

– Simpan di garaj kenderaan
– Minta bantuan ahli keluarga atau rakan baik anda
– Gunakan servis “Storage facility”
– Buka sedikit tingkap untuk aliran udara yang lebih baik
– Gunakan pembalut kereta. Boleh dapat dalam rm30 shj di Kedai Hardware atau Accessory Kereta.

 

4. Tukar minyak hitam atau enjin.

Tips ini berguna untuk kereta yang ditinggalkan melebihi 30 hari. Tempoh servis minima 3 bulan atau 8 bulan maksimum untuk memastikan jangka hayat komponen enjin bertahan lebih lama.

Minyak enjin yang bersih mampu menjaga komponen enjin untuk kereta yang ditinggalkan lama. Minyak hitam yang kotor boleh menyebabkan mendapan kotoran pada dalaman engine. Mendapan ini boleh menyebabkan kereta tidak boleh start, sensor rosak, bahagian dalaman engine seperti piston, crank, camshaft tidak dapat berfungsi dengan baik.

Jangan sesekali mengeringkan penyejuk radiator. Jika usia penyejuk sudah satu setengah tahun, gantikan dengan yang baru.

 

5. Penuhkan tangki minyak anda.

Isi penuh tangki bahan bakar jika anda menyimpan kenderaan lebih dari satu tahun, Ia bertujuan mengatasi masalah wap, kerosakan disebabkan air dan pembentukan karat.

Tangki minyak yang kosong atau sikit boleh menyebabkan lebih banyak GAS petrol terhasil. Gas ini boleh menyebabkan kereta anda lebih mudah meletup atau terbakar. Cuba lihat test yang dibuat pada link dibawah.

http://channel.nationalgeographic.com/street-genius/videos/more-gas-more-boom/

 

6. Elakkan menggunakan Parking Brake.

Brek yang tidak digunakan lama biasa melekat pada wheel disc dan seterusnya mengunci kukuh disc daripada bergerak.Cara biasa untuk kereta bersaiz kecil ialah dengan menolak kedepan kebelakang supaya cengkaman brek dapat dilonggarkan. Manakala untuk kereta bersaiz besar,MPV atau SUV, bahagian brek dan disc perlu dibuka dan dicuci untuk proses nyahkarat dan kotoran melekat

Pilihan lain, gunakan “wheel stopper” dan jangan gunakan parking brake atau handbrake.

 

7. Isi angin tayar & jack kereta.

– Untuk mengelakkan “flat tyres” pastikan angin kenderaan diisi mengikut spesifikasi tayar kenderaan. Berat kenderaan akan menekan tayar dan proses ini akan lebih cepat sekiranya pada waktu sejuk

– Langkah yang lebih ekstrem dan memenatkan ialah menanggalkan tayar kenderaan dan tempatkan socket jack di empat penjuru kenderaan. Langkah ini sesuai untuk kenderaan yang ditinggalkan lebih 30 hari dan untuk mengelakkan wang lebihan dibazirkan untuk menukar set tayar baru. Ia juga penting menjaga bearing dan penyerap hentak kenderaan anda untuk tahan lebih lama.

 

SUMBER : AUTOHAUS KL

Monday 4 January 2021

TIP SEWA KERETA : fahami syarat sewa kereta

 

Menyewa kereta di destinasi percutian dapat meningkatkan fleksibiliti dari setiap perjalanan sama ada urusan perniagaan atau percutian.

Tip melancong minggu ini menyenaraikan proses menyewa kereta dan menyediakan beberapa panduan ketika menyewa kereta.

-Cari syarikat kereta sewa yang betul

Tanya ejen perjalanan untuk membantu mencari syarikat kereta sewa yang sesuai untuk setiap perjalanan kerana urusan setiap syarikat kereta sewa tidak sama di beberapa negara.

Menggunakan khidmat agensi perjalanan untuk menyewa kereta menjimatkan masa dan memudahkan kerana anda tidak perlu menghubungi beberapa syarikat berbeza untuk mencari kadar terbaik serta kereta untuk anda.

Agen perjalanan juga punya banyak manfaat termasuk harga promosi dan program khusus yang tidak boleh diiklankan kepada orang ramai.

-Kos sewaan kereta

Syarikat kereta sewa biasanya mengenakan empat jenis kadar asas iaitu kadar setiap hari dengan caj perbatuan, kadar setiap hari dengan bilangan yang terhad batu percuma setiap hari, kadar setiap hari dengan jarak perjalanan tanpa had dan kadar yang mempunyai tempoh jarak percuma dalam tempoh panjang.

Kadar berbeza mengikut saiz dan gaya kenderaan, tetapi kebanyakannya membabitkan kereta ekonomi, kereta kompak, pertengahan dan mewah.

Kadar promosi istimewa juga sering tersedia, terutama di hujung minggu, tetapi ia harus diminta secara khusus terlebih dahulu.

-Pilihan Insuran kereta sewa

Perlepaskan Tuntutan Dalam Kerosakan Kemalangan (Collision Damage Waiver /CDW) atau Pelepasan Tuntutan Dalam Kerosakan Kehilangan (Loss Damage Waiver/LDW).

Jika kereta sewa rosak, penyewa akan bertanggungjawab menanggung beberapa ratus ringgit kerosakan sehing­ga harga penuh kereta.

Namun, dengan membeli CDW atau LDW, penyewa dilepaskan dari menanggung apa-apa kerugian atau kerosakan pada kereta sehingga nilai penuh kereta.

Bagaimanapun, jika penyewa melanggar perjanjian sewa beli, pengecualian itu tidak sah. Insurans auto peribadi anda sudah boleh menyediakan perlindungan bagi kerosakan kepada kereta sewa dan pembelian CDW atau LDW mungkin tidak diperlukan. Peraturan menjual CDW/LDW juga berbeza mengikut negara.

-Pengesahan kereta sewa

Pelancong harus selalu menerima baucar atau pengesahan daripada ejen pelancongan mereka sebelum berangkat ke destinasi. Dokumen itu harus ada nombor pengesahan, nama syarikat kereta sewa, jenis kereta yang diminta, maklumat dan tarikh.

Jika syarikat kereta sewa itu berada di luar lapangan terbang, pastikan ada nombor telefon kereta yang akan mengambil anda.

Pengesahan membantu syarikat kereta sewa mencari pelanggan yang belum mendapatkan kereta yang sepatutnya disewa.

Apabila berlaku pembatalaan sewaan, pastikan anda memberitahu syarikat kereta sewa supaya mereka boleh menyewakan kereta itu kepada pelanggan lain.

-Pengambilan kereta sewa

Setiba di kaunter sewa kereta, kemukakan nombor pengesahan anda, baucer dan kad kredit jika perlu. Ejen perkhidmatan pelanggan akan menyelesaikan proses dan mengarahkan anda di mana anda boleh mengambil kereta anda.

Baca perjanjian sewa kereta anda sebelum menandatanganinya untuk membiasakan diri dengan liabiliti anda dan untuk memastikan anda tahu apa yang akan dibayar apabila mengembalikan kereta.

Sebelum meninggalkan tempat mengambil kereta sewa anda, periksa kereta untuk maklumat jarak yang betul dan apa-apa kerosakan yang nyata terhadap kereta sewaan anda itu. Jika ada sedikit kerosakan, tulis nota pada kontrak sebelum memandu kereta itu.

Mengembalikan kereta sewa

Kadar biasanya berdasarkan tempoh 24 jam dan tempoh tambahan sejam untuk memulangkan kereta. Jika anda menyimpan kereta lebih empat jam selepas itu, ia dikira melanjutkan kontrak untuk hari lain dan caj tambahan dikenakan.

Kadar sewa kereta mengikut jam biasanya lebih tinggi. Justeru, kembalikan kereta mengikut masa supaya anda tidak mengubah kadar bayaran untuk keseluruhan transaksi.

-Maklumat berguna lain untuk menyewa kereta

Penyewa kepada apa juga jenis kereta adalah bertanggungjawab ke atas semua tempat letak kereta dan lalu lintas pelanggaran baik di dalam negara atau di peringkat antarabangsa.

Kebanyakan kontrak dan polisi insurans tidak sah jika anda mengalami kemalangan sewaktu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Pastikan anda mengunci kereta dan stering serta tidak meninggalkan barang berharga di dalam kereta. Tali pinggang keledar juga hendaklah dipakai setiap masa kerana ia satu undang-undang ketat di kebanyakan negara.

Kebanyakan negara mewajibkan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak di bawah umur empat tahun. Oleh itu, jika anda memerlukannya, beritahu syarikat kereta sewa anda awal kerana biasanya ia perlu ditempah dan sedikit bayaran mungkin akan dikenakan untuk sewa kerusi kanak-kanak itu.

Kebanyakan syarikat sewa kereta menyediakan peta tempatan secara percuma. Oleh itu, rancang perjalanan anda sebelum meninggalkan tempat sewa kereta untuk mengurangkan keperluan meminta petunjuk daripada orang awam.

Baca perjanjian sewa kereta anda dengan teliti dan tanya beberapa soalan kepada ejen pelancongan atau kereta sewa jika tidak pasti mengenai sesuatu perkara.

Kredit Harian Metro

 

NEED A RIDE?

https://keretasewakualalumpurselangor.wasap.my 

#biasakeLUARBIASA 

PROMO FREE 1 DAY RENTAL 2021

FAQ Rental Car @ Kereta Sewa

Tentang kami | About us: Kereta Sewa Keramat AU3 (KSKAU3) ialah penyedia perkhidmatan sewa kereta berkualiti tinggi yang dipercayai. Sejak 2...