Wednesday 25 August 2021

Tema Hari Kebangsaan 2021 Malaysia & Gambar Logo

 

Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2021 adalah bertemakan Malaysia Prihatin seperti diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah pada 10 Julai 2021. Tema ini dikekalkan seperti tahun lepas. Sambutan rasmi juga akan diadakan secara sederhana dalam norma baharu seperti tahun lepas

Penetapan Malaysia Prihatin sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan ke 64/ Hari Malaysia (Malaysia Day) ke 58 tahun 2021 bagi menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia mengharungi cabaran dan dugaan wabak Covid-19 yang melanda negara


Tema Dan Gambar Logo Hari Kebangsaan / Kemerdekaan Malaysia 2021

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan sambuat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun 2021 seperti diumumkan oleh Datuk Saifuddin Abdullah pada sidang akhbar selepas sesi turun padang secara maya bersama 39 petugas Telekom Malaysia (TM) pada 10 Julai 2021.

  • Sambutan Hari Kebangsaan 2021 akan diadakan di Dataran Pahlawan, Putrajaya pada 31 Ogos 2021 (Selasa). Ianya merupakan lokasi yang sama tahun lepas
  • Sambutan Hari Malaysia 2021 pula akan diadakan pada 16 September 2021 (Khamis) di Kota Kinabalu, Sabah selepas Sibu, Sarawak menjadi lokasi sambutan tahun 2020
  • Perbarisan di Dataran Pahlawan, setakat ini belum pasti sama ada dibuat 30 minit sahaja atau satu jam atau boleh dua jam kerana bergantung penilaian risiko semasa
  • Acara Ambang Merdeka pada malam 30 Ogos berkemungkinan besar juga ditiadakan seperti tahun lalu susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19 di lokasi sambutan

 Gambar Logo Hari Kebangsaan 2021 & 2020 Malaysia


Rasional Atau Keterangan Logo 

  1. Logo Berbentuk Hati: Melambangkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum
  2. Warna Biru Tua: Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni
  3. Bulan sabit: Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
  4. Bintang Pecah 14: Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan
  5. Tujuh Jalur Merah Putih Berbentuk Hati Menjadi Latarnya: Terjalin keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan
  6. Stigma Bunga Raya: Membawa negara menuju ke mercu kejayaan
  7. Lima Titik Merah: Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa dan masyarakat pelbagai kaum.

 Oleh itu, sempena Bulan Kebangsaan 2021, kibarlah Jalur Gemilang

Tema Hari Kebangsaan 2021 & 2020 : Malaysia Prihatin

Intipati Malaysia Prihatin dipilih sempena bulan kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 adalah

Malaysia: Perkataan ‘Malaysia’ memberi maksud bahawa seluruh rakyat negara ini turut bersama-sama dengan kerajaan memerangi COVID-19 sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan

 Prihatin: Keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan kebangsaan dan kebajikan rakyat ditunjukkan melalui inisiatif ‘Prihatin’ yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia

 

sumber: https://www.mysumber.com/hari-kebangsaan.html

 

FAQ Rental Car @ Kereta Sewa

Tentang kami | About us: Kereta Sewa Keramat AU3 (KSKAU3) ialah penyedia perkhidmatan sewa kereta berkualiti tinggi yang dipercayai. Sejak 2...