Wednesday 9 November 2022

Mahu Kereta Kelihatan Berkilat? Ini Tips Cara Membasuh Kereta Yang Betul

 


Mahu Kereta Kelihatan Berkilat? Ini Tips Cara Membasuh Kereta Yang Betul
 
 
 
Bagi yang memiliki kenderaan empat roda pastinya korang berasa stress dan tidak keruan apabila kenderaan terlihat kotor biarpun baru sahaja mencuci beberapa hari yang lalu, betul tak?
 
Secara umumnya, kita tahu bahawa kenderaan perlu dicuci seminggu atau 2 minggu sekali apatah lagi kalau kita baru sahaja membeli kenderaan pasti mahu terlihat bersih dan berkilat. Tapi korang tahu tak cara mencuci yang betul jika mahu kelihatan berkilat seperti dihantar ke car wash?
 
Kalau nak tahu, mari ikut kami untuk mengetahui tips mencuci kereta yang betul.
 
 
#1 PEMILIHAN SABUN
 
Pemilihan sabun amat penting bagi yang mencuci kereta secara manual kerana terdapat beberapa jenis sabun yang tidak disarankan untuk digunakan.
Korang boleh mengunakan sabun yang lain tetapi bukan sabun cuci pinggan kerana ia mempunyai sifat menghakis yang sangat kuat hingga boleh menyebabkan warna cat kereta lebih cepat pudar.
Untuk memudahkan kerja membasuh, korang boleh mula membasuh kereta dari pane atas hingga ke bawah.
Siram dahulu kereta korang sebelum memulakan basuhan dengan sabun
 
 
#2 GUNA KAIN / SPAN
 
Korang boleh gunakan kain atau span mikrofiber untuk mencuci kereta kesayangan.
Mula-mula, gosok secara lembut kain yang dicelup dengan sabun di bahagian bumbung, depan, belakang, cermin dan sisi kereta.
Dengan menggunakan kain mikrofiber lebih banyak kelebihannya seperti menghasilkan cas negatif apabila digosok pada kereta selain memudahkan kotoran degil untuk tanggal dengan mudah
 
 
#3 BALDI
 
Untuk membasuh kereta, korang boleh gunakan 2 baldi bagi memudahkan kerja mencuci.
1 baldi digunakan untuk sabun, manakala 1 baldi lagi mengandungi air yang digunakan untuk membilas kain atau span yang digunakan untuk menyental kotoran.
 
 
#4 BILAS
 
Bilas dahulu kereta korang sebelum mula membersihkan bahagian rim dan tayar.
korang perlu ingat bahawa air sabun yang berada di badan kereta perlu dibilas secepat mungkin bagi mengelakkan kesan kotoran melekat semula pada kereta.
 
 
#5 GUNA BERUS TAYAR
 
Untuk membersihkan rim dan juga tayar, korang boleh gunakan berus tayar.
Gosokkan sekali pada bahagian dalam rim yang biasanya ada kesan hitam disebabkan disk brake.
Elakkan guna bahan kimia berwarna merah yang biasa digunakan untuk membersihkan enjin kereta kerana ia boleh menyebabkan rim cepat pudar
 
 
#6 PROSES PENGERINGAN
 
Proses ini, korang boleh basahkan sedikit kain mikrofiber kedua sebelum mula lap kereta.
Korang juga boleh gunakan kain mikrofiber ketiga yang kering untuk lap bahagian yang hampir kering.
Ini adalah kaedah lap basah dan lap kering
 
 
#7 LAP DENGAN TELITI
 
Korang jangan lupa untuk lap juga bahagian celah pintu dan panel kereta.
Gunakan kain mikrofiber kering untuk mengeringkan kawasan tersebut.
Untuk cermin pula korang dinasihatkan untuk guna kain baru dan gunakan cecair pencuci cermin yang khusus.
 
 
#8 VAKUM
 
Selepas selesai mencuci dan membersihkan kereta di bahagian luar, jangan lupa juga membersihkan bahagian dalam kereta tau!
Gunakan vakum untuk menyedut segala kotoran di bahagian kusyen , tempat letak kaki dan papan pemuka. 
 
 
Sekarang ini cuba lihat hasilnya, kereta korang sudah terlihat berkilat dan juga bersih, bukan? Tak sia-sia korang belajar tips yang kami kongsikan di sini kerana hasilnya sudah kelihatan, betul tak? Tunggu apa lagi jom mula cuci kereta korang tu hari ni!
 
 
 
PERLUKAN KERETA BARU & BERSIH SEGERA?
 
HUBUNGI KAMI

No comments:

Post a Comment

FAQ Rental Car @ Kereta Sewa

Tentang kami | About us: Kereta Sewa Keramat AU3 (KSKAU3) ialah penyedia perkhidmatan sewa kereta berkualiti tinggi yang dipercayai. Sejak 2...